PUTRAJAYA – Petunjuk terbaharu yang diperoleh berhubung kehilangan
pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 memberi kelegaan kepada
keluarga penumpang pesawat.
Bapa penumpang, Selamat Omar, 60, berkata pengumuman yang dibuat
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi harapan baru kepada
beliau dan keluarga.
“Sekurang-kurangnya kami boleh menaruh harapan pesawat itu berada
dalam keadaan baik dan semua penumpang selamat,” katanya kepada
media di Hotel Everly di sini, sebaik saja selepas menonton pengumuman
Berita Harian