MH370 masih lagi menjadi misi pencarian yang terbesar -melibatkan
beberapa dozen pesawat dan kapal laut di lautan luas dan ribuan lagi
menggunakan carian internet melalui imej carian terkini satelit namun
pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 masih gagal ditemui.
Apakah MH370 masih memiliki harapan ditemui? Pakar bimbang ia
tenggelam di dalam laut menyukarkan usaha mencari. Doa Untuk MH370
Pesawat BMH370 boeing 777-200ER yang membawa 239 penumpang itu
lenyap genap seminggu lalu selepas dalam perjalanan dari Kuala Lumpur
ke Beijing, namun carian di Laut China Selatan sehingga ke Lautan Hindi
masih gagal mengesannya.
Tiada sebarang serpihan di mana-mana lokasi di laut mahupun daratan.
Tiada petanda badan pesawat MH370 yang besar dengan nombor pen-
daftaran 9M-MRO di dasar lautan atau diletakkan di mana-mana antara
634 laluan berikutan kapasiti bahan apinya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kepada keluarga dan
media hari ini masih tiada sebarang lokasi atau nasib pesawat kecuali
pencarian diluaskan ke sempadan Kazakhstan and Turkmenistan sehingga
ke Lautan Hindi, dan operasi di Laut China Selatan dihentikan.
Sehingga hari ini 14 negara, 43 kapal laut dan 58 pesawat udara terlibat
dalam misi mencari pesawat berkenaan yang kali terakhir dihubungi pada
8.11 pagi pada Sabtu.Sebelum itu, seorang pegawai kerajaan Malaysia
berkata penyiasat menyimpulkan salah seorang juruterbang, ataupun
seseorang yang berpengalaman mensabotaj pesawat MH370.
Associated Press memetik pegawai yang enggan dinamakan dan terlibat
dalam penyiasatan berkata, sabotaj bukan lagi teori, sebaliknya “konklusif”.
Najib bagaimanapun tidak mengulas lanjut perkara itu.
Ketika pendedahan terbaru Najib itu, berikut adalah perkaraapa yang kita
tahu dan tidak mengenai Pesawat MH370, yang kini dikenali sebagai “
misteri penerbangan yang tidak pernah berlaku” sebelum ini.
Apa yang kita tidak tahu mengenai misteri lokasi dan punca pesawat
MH370:
MH370:
* Lokasi sebenar pesawat MH370. Ia hilang disekitar kawasan utara Selat
Melaka selepas ping terakhirnya pada jam 8.11 pagi, 8 Mac 2014.
* Keadaan semua 227 penumpang dan 12 krew penerbangan.
* Pihak yang mengemudi MH370 selepas hilang daripada radar.
* Pihak yang mematikan talian komunikasi pesawar pada 1.07 pagi
dan transponder pada 1.21 pagi, Sabtu lepas.
* Motif kehilangannya. Masih lagi menjadi teka-teki.
* Sama ada di utara atau selatan Selat Melaka.
Misi mencari dan menyelamat kini terarah ke kawasan utara koridor
dari Thailand ke Kazakhtan/Turkmenistan dan selatan koridor dari
Indonesia ke Lautan Hindi.
Apa yang kita tahu:
* Pesawat tidak berada di Laut China Selatan. Misi pencarian dihentikan
meskipun terdapat penemuan beberapa tompokan minyak, serpihan dan
gelombang seismos.
* Sistemnya dimatikan dengan sengaja berasingan sebelum hilang.
* Pesawat tidak memasuki ruang udara Vietnam.
* MH370 mempunyai 7.5 jam baki bahan api pesawat bila hilang.
* Tidak terhempas ketika hilang.
* Mengubah haluan dan ketinggian
* Pesawat itu merentasi Semenanjung Malaysia di sempadan Thailand
* Kali terakhir komunikasi dengan sistem pesawat pada 8.11 pagi, Sabtu,
hampir tujuh jam selepas hilang daripada radar.
* Terdapat dua warga Iran menggunakan pasport palsu dengan kerakyatan
Itali dan Austria yang dicuri di Thailand sekitar dua tahun lalu.
* Seorang lelaki mempunyai pasport dengan nombor siri yang sama
dengan seorang warga China di Fujian, China.
* Interpol berkata terdapat beberapa penumpang dengan pasport yang
meragukan.
* Terdapat penulis kaligrafi China, pegawai kerajaan, pasangan bercuti,
dua orang bayi dan 20 pekerja kilang elektronik Freescale dalam pesawat.
* Ia pesawat berkongsi kod China Southern Airlines. Dua lelaki meng-
gunakan pasport palsu membeli tiket mereka bersama melalui ejen di
Pattaya, Thailand sehari sebelum berlepas.
* Kehilangan pesawat membawa perhatian kepada lingkaran khusus
mencuri dan menjual pasport curi di Thailand.
* Juruterbangnya berusia 53 tahun dengan 18,000 jam rekod penerbangan
dan mempunyai simulator pesawat B777 di rumahnya. Kediamannya diserbu
hari ini.
* Pembantu juruterbang berusia 27 tahun dengan rekod penerbangan
2,700 jam.
* Malaysia Airlines adalah salah satu syarikat penerbangan paling selamat
di dunia selepas Qantas dan Singapura Airlines. Hanya dua insiden
kemalangan direkodkan setakat ini, dengan salah satunya sabotaj.
Sumber Malaysian Insider