Gambar di atas merupakan dokumen siasatan Jabatan Penerbangan 
Awam dalam rampasan MH370.Garisan merah atas dan bawah merupakan 
laluan yang dipercayai mungkin digunakan pihak yang merampas kapal 
Berkenaan.

Jajaran itu selari dengan koridor yang menjadi tumpuan siasatan masa 
kini seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun 
Razak dalam sidang akhbar beliau tengah hari tadi.

Koridor Utara meliputi sempadan Thailand ke sempadan Kazakhstan dan 
Turkmenistan manakala Koridor Selatan, merentasi Utara Indonesia hingga 
Selatan Laut Hindi.

Pesawat MH370 hilang dari radar kurang sejam selepas berlepas dari 
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Beijing 
kira-kira pukul 12.41 pagi Sabtu.

Ia dijadualkan tiba di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama. Hari ini, 
kerajaan Malaysia telah mengesahkan bahawa kapal berkenaan telah 
dirampas oleh pihak yang belum lagi diketahui siapa.mynewshub
    Share On:

Posted At:

ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.