Objek berupa rakit penyelamat pesawat ditemui

By: Unknown →
Seorang daripada mereka, Azman berkata ia ditemui tenggelam timbul
kira-kira jam 12tengah hari dan menghubungi Agensi Penguatkuasaan 
Maritim Malaysia (APMM) di Kuala Linggi, Melaka, untuk mendapatkan 
bantuan selepas gagal menaikkannya ke dalam bot kerana terlalu berat.

Menurut akhbar harian itu, Azman yang mengikuti perkembangan 
kehilangan pesawat MH370 bersama tiga rakan lain, tertarik untuk 
mendapatkan objek berkenaan. 

"Kami berjaya mendapatkannya dan diikat pada bot kerana takut ia 
tenggelam. Objek itu mungkin tidak mampu terapung lama kerana 
koyak atau bocor," katanya. 

Dia yang keluar menangkap ikan jam 8 pagi dan pulang kira-kira jam 
8 malam tadi memaklumkan penemuan itu kepada Berita Harian. 
Katanya, penemuan objek itu penting kerana mungkin boleh menjadi 
petunjuk kepada usaha mencari pesawat MH370. 

"Apa yang lebih meyakinkan kami ialah ada tulisan ‘boarding’ pada 
objek itu,” katanya. Beliau berkata, sejurus bot APMM tiba di lokasi, 
tugas mengangkat objek diserahkan kepada pasukan berkenaan, 
manakala mereka menyambung kerja menangkap ikan. Jurucakap APMM 
Kuala Linggi ketika dihubungi mengesahkan sepasukan APMM dihantar ke
tempat kejadian. 

Bagaimanapun, katanya, objek itu terus tenggelam dan dipercayai tidak 
sempat dinaikkan ke dalam bot APMM, lapor akhbar itu lagi. Hari ini masuk 
hari ke lima pesawat MH370 selepas hilang Sabtu lepas dan sehingga kini,
sudah empat laporan saksi berkaitan kapal terbang ini.

Penduduk Pengkalan Chepa, Kelantan, melihat kapal terbang rendah, 
penduduk Tumpat melihat pesawat dengan ekor terbakar, nelayan di 
Marang mendengar bunyi yang kuat dan kini nelayan Port Dickson 
menemui objek umpama rakit keselamatan pesawat itu.

Kesemua maklumat ini selaras dengan kenyataan TUDM bahawa radar 
mereka mengesanpesawat ini berpatah balik selepas satu jam terbang 
dan hilang di perairan Vietnam. – 12Mac, 2014.sumber
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.