KUALA LUMPUR: Polis Di raja Malaysia (PDRM) menafikan sekeras-keras
nya dakwaan penyebaran gambar dan informasi dalam media sosial berhubung dakwaan terdapat pergerakan tentera Amerika Syarikat di Kota Bharu dan 
Ipoh yang dikatakan mempunyai kaitan dengan misi mencari dan menyelamat 
pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS).
Menerusi Facebook PDRM, gambar yang disebarkan dalam media sosial 
Twitter itu merujuk kepada latihan bersama PDRM dan tentera Amerika 
Syarikat yang telah diadakan di Lapangan Terbang Unit Udara Ipoh pada 2012.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai maklumat tidak 
rasmi yang disiarkan di blog-blog atau mana-mana platform media.

PDRM ingin mengingatkan bahawa penyebaran maklumat tidak tepat adalah 
satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan boleh mengganggu gugat 
ketenteraman awam.Berita astro awani
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.