KUALA LUMPUR: Tokyo menghantar sebuah pasukan Bantuan
Bencana Jepun (JDR) pada Selasa bagi memenuhi permintaan Kuala
Lumpur membantunya mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS)
MH370 yang hilang.
Dalam kenyataan hari ini, Kedutaan Jepun di sini bagaimanapun berkata
Dalam kenyataan hari ini, Kedutaan Jepun di sini bagaimanapun berkata
tiada penetapan dibuat tentang skop tugas pasukan itu atau tempoh per-
khidmatan unit utamanya.
Namun demikian, aset udara yang dibekalkan Pasukan Pertahanan Diri
Namun demikian, aset udara yang dibekalkan Pasukan Pertahanan Diri
Jepun dan Pasukan Pengawal Pantai Jepun dijangka digunakan untuk
membantu operasi menyelamat pesawat berkenaan.
Menurut kenyataan itu, sebuah pasukan hadapan yang mengandungi lapan
Menurut kenyataan itu, sebuah pasukan hadapan yang mengandungi lapan
pegawai Kementerian Luar, Kementerian Pertahanan, Pasukan Pengawal
Pantai dan Agensi Kejasama Antarabangsa Jepun berlepas ke Kuala Lumpur
semalam.
Pada 8 Mac, pesawat Boeing 777-200ER MAS ke Beijing, yang membawa
Pada 8 Mac, pesawat Boeing 777-200ER MAS ke Beijing, yang membawa
227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada pengesanan radar pada
pukul 1.30 pagi, kira-kira sejam selepas meninggalkan Lapangan Terbang
Antarabangsa KL.
Walaupun operasi mencari dan menyelamat pesawat itu yang turut me-
Walaupun operasi mencari dan menyelamat pesawat itu yang turut me-
libatkan negara asing memasuki hari kelima hari ini, namun ia belum
dijumpai dan nasib penumpang serta anak kapalnya juga tidak diketahui.