Bomoh Tikar Terbang ‘Zam Zam Alakazam’ Pulak?

By: Unknown →
SELEPAS seorang bomoh dipercayai muncul di Lapangan Terbang 
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menggunakan bubu mata pancing 
untuk mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS), kini muncul pula satu 
lagi kumpulan baru yang cuba mencari pesawat MH370 dengan gaya 
Tersendiri.

Sekumpulan lelaki yang memakai sut lengkap muncul di KLIA dan 
memulakan ritual mencari pesawat berkenaan dengan gaya-gaya seperti 
tikar terbang dalam filem Laksamana Do Re Mi.Di bahagian belakang tikar 
berkenaan ada seorang pemuda memegang dua biji buah tembikai tidak 
diketahui fungsinya.

Semacam satu kemestian, apabila ada kes kehilangan sebegini pastinya 
kumpulan seperti ini muncul elok pula berpakaian sut kemungkinan tahu 
ada pihak media yang bakal merakamkan gambar mereka sedang 
melakukan ritual berkenaan.

Dalam satu gambar yang sudah tersebar di laman media sosial, kumpulan
itu duduk bersila di atas tikar berkenaan seperti bersiap sedia untuk 
terbang dan turut sama menyertai operasi mencari dan menyelamat bagi 
mengesan lokasi pesawat MH370 berkenaan.

Rasanya pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu meletakkan 
petugas di kawasan KLIA pada ketika ini untuk mengelakkan kumpulan 
seperti ini hadir dengan lebih ramai dan melakukan ritual yang pelik-pelik 
kononnya untuk membantu mencari pesawat MH370.

Jika ada dua kumpulan sudah terlepas dan mendapat perhatian lensa kamera 
pihak media selepas ini tidak tahulah lagi berapa kumpulan akan mencuba 
nasib dan datang ke KLIA untuk melakukan ritual mereka pula.
Apabila melihat videonya, ingatkan tikar terbang rupa-rupanya sampan atas lantai jer.. –MYNEWSHUB.MY
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.