Kakitangan MAS Di China Dibaling Botol

By: Unknown →
BUKAN sahaja penumpang, pakar penerbangan moden sendiri keliru dengan 
misteri sebenar yang menimpa pesawat MH70 hingga ke saat ini setelah banyak 
teori dan usaha masih menemui jalan buntu.

Namun di saat segala usaha digembleng untuk menyelesaikan kehilangan 
pesawat MH370, insiden yang tidak patut berlaku menimpa kakitangan MAS 
di Beijing, China.Waris dan keluarga penumpang yang sedih, letih dan keliru 
dilihat menjadikan kakitangan MAS sebagai tempat untuk melepaskan tekanan.


Ketika sesi mesyuarat diadakan antara dengan pegawai kedutaan China 
dan keluarga penumpang semalam, sekurang-kurangnya tiga botol air 
mineral dilempar ke arah kakitangan MAS diikuti teriakan meminta pen-
jelasan sebenar.Ini adalah perlakuan yang amat tidak bertimbang rasa.

Bayangkan, jika kapal dan pesawat daripada sepuluh negara yang dikerah 
menjalankan usaha mencari pun masih menemui jalan buntu hingga ke saat 
ini, bagaimana mungkin jawapan jitu diberikan petugas MAS kepada sanak 
saudara penumpang ini?

Bagaimanapun, ini adalah asam garam dalam dunia perhubungan awam dan 
sudah tentu kakitangan MAS yang terlibat memahami keadaan ini.Diharapkan 
mereka terus tabah memikul nama syarikat dan Malaysia bagi menyelesaikan 
masalah yang secara tak langsung, turut melibatkan antara negara ini.

Keluarga penumpang MH370 di China diberikan penginapan dan makanan 
percuma oleh MAS di Hotel Metropark Lido di samping membenarkan dua 
anggota keluarga bagi setiap penumpang diterbangkan ke Kuala Lumpur pada 
bila-bila masa jika perlu.

Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang hilang dari radar jam 
2.40 pagi Sabtu lalu hingga ke saat ini, membawa 239 penumpang dan anak 
kapal dengan 153 daripadanya warga China.sumber
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.