CYBERJAYA:Tiada siapa yang benar-benar dapat menyelami perasaan ahli
keluarga yang menunggunkhabar berita orang tersayang yang menaiki pesawat
Malaysia Airlines penerbangan MH370.
Bagi pengasuh dan kaunselor, sesetengah mereka yang mengorbankan masa
ker jam yang lebih untuk membantu, apa yang mereka cuba lakukan adalah
untuk memberikan sokongan moral kepada ahli keluarga terlibat.
"Tidak ada banyak yang boleh kami lakukan. Mungkin akan ada keajaiban atau
berita baik tetapi sebenarnya apa yang boleh kita lakukan ialah menenangkan
perasaanmereka dengan cuba membayangkan kita sendiri yang melalui apa yang
mereka lalui sekarang," kata kaunselor sukarelawan Ow Lai Fan.
Ow bersama tiga sukarelawan lain, Saw Phaik Wah, Christina Ong, and Barbara
Yen, datang ke Cyberview Lodge pada Rabu menawarkan diri untuk menghulu-
rkan bantuan dan sokongan emosi kepada 12 keluarga kebanyakannya dari China
yang menginap di situ.
Mereka datang kerana merasakan "perlu melakukan sesuatu daripada hanya
Mereka datang kerana merasakan "perlu melakukan sesuatu daripada hanya
duduk berpeluk tubuh" selepas mendapat tahu kehilangan pesawat itu.
Mereka menawarkan sesi kaunseling bersemuka atau dalam kumpulan.
Bagaimanapun empat anggota pertubuhan Buddha diberitahu khidmat mereka
tidak diperlukan sekarang.
Barbara, sukarelawan yang paling kanan. Wanita kecil molek berumur 67 tahun
itu sudah menghabiskan 40 tahun daripada usianya untuk kerja sosial dan
kaunseling.
"(Apa yang mereka perlukan) ialah sokongan daripada keluarga dan
"(Apa yang mereka perlukan) ialah sokongan daripada keluarga dan
masyarakat," kata Barbara kepada wartawan.
Dia yang pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaya menjaga
pengidap HIV dan masalah mental di hospital. Dia juga mempunyai
pengalaman kaunseling mangsa tsunami di Sri Lanka.
"(Tetapi) adakalanya mereka perlu masa," kata Barbara, merujuk kepada media
dan tumpuan yang diberikan kepada keluarga penumpang MH370.
“Media kadang-kadang boleh jadi keterlaluan, boleh menambahkan keresahan
keluarga.Saya tidak tahu, sepatutnya media tidak menyerbu mereka sekali
harung," katanya, dan menambah media melakukan "tugas yang baik untuk
memberitahu masyarakat."
Menurut Barbara, ahli keluarga penumpang MH370 memerlukan sokongan, kasih
sayang dan kebajikan daan bukan maklumat palsu dan spekulasi.
"Jangan beri harapan palsu juga. Apabila ada terlalu banyak harapan ia mungkin
"Jangan beri harapan palsu juga. Apabila ada terlalu banyak harapan ia mungkin
jadi sebaliknya. Jangan kata apa-apa. Hanya cerita apa yang perlu dengan
kasih sayang, dengan belas kasihan dan pemahaman," katanya.
Biarpun ditolak oleh Malaysia Airlines dan Kedutaan China, kumpulan itu berkata
mereka bersedia untuk dipanggil membantu bila-bila masa diperlukan.
Setakat ini lebih kurang 100 buah keluarga dari enam negara — iaitu China,
Setakat ini lebih kurang 100 buah keluarga dari enam negara — iaitu China,
New Zealand, Ukraine, Indonesia, India, dan Malaysia — berada di Kuala Lumpur
menunggu perkembangan terkini usaha mencari dan menyelamat pesawat
MH370 serta nasib 239 yang menaikinya.-ASTRO AWANII