Menerusi video yang diterbitkan oleh MIG Online di atas, Nora Danish telah
tampil menjelaskan perkara sebenar tentang khabar angin yang mengatakan 
beliau telah menyambut ulangtahun kelahiran beliau di sebuah kelab haram 
baru baru ini.

“Saya tidak pernah berselindung malah, apa jua aktiviti termasuk sambutan hari
 jadi saya yang ke-32 pada 7 Mac lalu juga, saya ada muat naik di laman sosial 
 Instagram saya”

“Gambar-gambar yang dimuat naik itu pun jelas menunjukkan saya menyambut
 hari jadi di sebuah restoran sebab ada meja makan dan setiap meja makan juga
 tertera kad nama para jemputan”

“Justeru itu, sekali lagi ingin saya tegaskan, ia bukan diraikan di kelab malam 
 haram seperti yang disebarkan di laman laman sosial,” jelas Nora Danish
 seperti dipetik Kosmo! hari ini.

Nora Danish juga berkata yang beliau sebagai pengunjung atau pelanggan 
pastinyatidak tahu jika restoran dan kelab malam tersebut tidak mempunyai 
lesen untuk beroperasi dan tiba tiba sahaja namanya dikaitkan dengan 
perkara tersebut.Tidak mengapa Nora Danish, peminat pandai untuk menilai 
sendiri ‘kan?-ROTI KAYA
    Share On:

Posted At:

ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.