Pesawat MH370: Malaysia Airlines Flight 370 menjadi kata kunci paling
banyak dicari akibat sebab misteri punca kehilangannya kenapa?
COUNTUP operasi pencarian Pesawat MH370 oleh Astroawani MH370
HILANG pakar penerbangan tempatan mengatakan mangsa hanya boleh
bertahan 2 bulan jika pesawat terhempas di permukaan laut namun
harapan ia ditemui lebih diharapkan semua.
Pesawat MH370 video analisis oleh Astroawani: Bekas Ketua Juruterbang
Malaysia Airlines (MAS), Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain
berpendapat jika sesuatu penerbangan spt pesawat MH370 yg didakwa
berpatah balik dan menuju ke tempat yang tidak selamat ia menimbulkan
tanda tanya.
Nik Ahmad Huzlan berkata dalam kes kehilangan pesawat MH370 milik
MAS itu, ia menimbulkan banyak persoalan ke mana hala tuju penerbangan
Tersebut.
Katanya, jika pesawat MH370 itu berpatah balik dan mahu kembali ke
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), akan ada radar
di Selat Melaka yang dapat mengesannya.
“Kalau dia pusing ke bawah pun ada radar di kawasan Selat Melaka, di
Singapura, kalau dia pusing ke atas juga akan ada radar di kawasan
Thailand,” katanya kepada Astro AWANI.