PETALING JAYA – Jangan menggunakan masyarakat Uyghur sebagai 
kambing hitam dalam kejadian pesawat MH370 yang hilang, kata seorang 
aktivis hak asasi manusia Uyghur, Rabu.

Pengarah Projek Hak Asasi Manusia Uyghur, Alim Seytoff terpanggil 
untuk menamatkan khabar angin itu dan sebaliknya meminta orang ramai 
membiarkan kerajaan Malaysia menjalankan siasatannya tanpa sebarang 
Gangguan.

“Pada masa berdepan tragedi yang besar seperti ini, adalah penting 
untuk membiarkan kerajaan Malaysia melakukan siasatan dan men-
dedahkan sepenuhnya apa yang telah berlaku kepada pesawat Malaysia 
kepada orang ramai,” katanya dalam e-mel kepada ‘The Star’.

Alim, yang juga Presiden Persatuan Uyghur Amerika berkata dalam masa 
yang sama, adalah penting untuk berhenti daripada menjadikan rakyat Uyghur 
sebagai mangsa tanpa bukti.

“Hentikan ‘mengkambinghitamkan’ rakyat Uyghur dengan khabar angin 
dan teori konspirasi yang tidak berasas, dengan hanya berdasarkan spekulasi 
pada masa ini,” katanya.

Spekulasi bahawa Uyghur, etnik minoriti di China dikaitkan dengan kejadian 
itu telah bertiup kencang.

Sebuah kumpulan yang dikenali sebagai ‘Chinese Martyrs Brigade’ 
mendakwa menghantar surat mengaku bertanggungjawab terhadap 
kejadian itu kepada wartawan Cina awal minggu ini. - mStar Online
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.