anggota pembangkang mendakwa kerajaan gagal mengendalikan insiden
kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Sabtu lepas selain
kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Sabtu lepas selain
memberi kenyataanbercanggah.
Mohamad Imran Abd Hamid (PKR-Lumut) mahu Perdana Menteri
Datuk Seri NajibTun Razak datang ke dewan esok bagi memberi
penjelasan tentang apa sebenarnya yang berlaku di sebalik kejadian itu.
“Selepas lima hari, apa yang berlaku..kemungkinan kapal terbang itu
Berada di dasar laut. Beri penjelasan, kalau boleh perdana menteri dan
Pemangku MenteriPengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
datang ke dewan esok,” katanya
ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Diraja di sini hari ini.
Khalid Samad (PAS-Shah Alam) ketika mencelah perbahasan itu berkata
kerajaanperlu bertanggungjawab dan menerima teguran pelbagai pihak
di atas kelemahan dan kekurangan ketika mengendalikan kes kehilangan
pesawat itu.
Beliau turut mendakwa kerajaan dan pihak berkuasa lambat bertindak
Sebaik sahaja menerima laporan kehilangan pesawat itu menyebabkan
masyarakatantarabangsa mengkritik kemampuan negara.
Tuduhan dan dakwaan bertubi-tubi itu menyebabkan berlaku pertikaman
lidah diantara pembangkang dan penyokong kerajaan yang meminta
semua anggota Parlimenkhususnya pembangkang agar tidak menuding
jari dan menyalahkan mana-mana pihak.
Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) berkata adalah lebih
baik semuapihak tanpa mengira perbezaan latar belakang politik untuk
bersama-sama memikirkan penyelesaian terbaik dalam mencari pesawat
yang hilang itu.
“Ini masalah negara, masalah bersama, sepatutnya perkara seumpama
ini tanpakita kira latar belakang politik kita mesti selesaikan secara
bersama dan tidakada masa untuk kita tuding menuding dan salah
Menyalah.
“Ini mana boleh sebut kemungkinan (pesawat) jatuh, kemungkinan itu,
kemungkinan ini, kerana ia soal krisis jadi mana boleh kita buat andaian,
mestiada bukti yang sahih baru boleh buat pengumuman,” katanya.
Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) pula mengingatkan semua
wakil rakyat pembangkang supaya berhenti mempersoalkan cara kerajaan
bertindak dalam insiden itu sebaliknya bersama-sama bermuhasabah diri
dan berdoa untuk kebaikan semua pihak.– BERNAMA