PUTRAJAYA – Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama
Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya menggesa Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memandang serius pembabitan
bomoh dalam usaha mencari pesawat MAS yang hilang sejak Sabtu lalu.
“Mohon Jakim memandang serius isu penglibatan bomoh-bomoh dalam
mencari MH370 pelbagai versi.“Ada tikar terbang zam-zam ala kazam,
labu, kelapa, teropong, bubu dan sebagainya,” katanya dalam akaun
Twitternya, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan balai ketibaan Lapangan Terbang
Antarabangsa (KLIA) gempar seketika dengan kemunculan seorang
lelaki yang mendakwa sebagai ‘Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP’
yang kononnya mampu membuat ramalan lokasi pesawat MAS
penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang.
Terbaru, KLIA lagi sekali digemparkan dengan penyebaran gambar
dengan kehadiran sekumpulan tiga lelaki memakai sut lengkap
untuk memulakan ritual mengesan pesawat tersebut.
– Sinar Harian Online