Terlebih dahulu marilah sama-sama kita menginsafi bahawa sesung-
guhnya kekuasaan ALLAH meliputi semua ciptaanNya. Apabila 
Allah menghendaki sesuatu, maka Dia hanya memerintahkannya 
sahaja, begitulah hebatnya kekuasaan ALLAH SWT. Sebagai manusia 
yang diciptakan olehNya, Dia menguji kita dengan pelbagai ujian demi 
untuk kesempurnaan manusia itu sendiri. Allah tidak akan menguji 
manusia di luar kemampuannya. DIA menguji kita dengan pelbagai 
dugaan dalam taraf kemampuan manusia dan setelah disediakan 
dengan segala alat kelengkapan pada diri manusia itu sendiri.

JAKIM menyelar usaha pihak-pihak yang mendapatkan khidmat bomoh 
dalam usaha pencarian pesawat MH370 yang secara jelas adalah ber-
tentangan dengan Islam. Hukum mengamalkan pengubatan alternatif 
atau kaedah perbomohan adalah harus di dalam Islam namun mestilah
tidak bertentangan dengan syarak. Jakim telah terlebih dahulu menge-
luarkan Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam untuk diteliti dan 
difahami oleh masyarakat dan ia boleh diakses melalui laman web 
Jakim di www.islam.gov.my

Walaupun kita amat sedih dengan ujian yang sedang menimpa kita. 
Tatkala pelbagai usaha yang telah kita lakukan oleh pihak berkuasa 
dan dengan pelbagai jenis teknologi dan aset sama ada dari negara kita 
dan dari negara-negara luar yang sudi menghulurkan tangan, kita masih 
menemui jalan buntu tanpa sebarang petunjuk dalam tempoh 3 hari ini. 
Namun kita tidak boleh berputus asa dan wajib terus memohon 
pertolongan Allah swt.
Dalam satu Mesyuarat panel Kajian Akidah Jakim pada 22 hingga 
23 November 2004 telah memutuskan bahawa rawatan perbomohan 
Ibrahim Mat Zin adalah bercanggah dengan aqidah Islam kerana 
mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat serta penipuan. Jika 
dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan beliau pula meng-
gambarkan bahawa bahawa Raja Bomoh ini menggunakan unsur 
khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam. Panel menjelaskan 
bahawa Islam adalah saintifik dan menolak segala perbuatan 
tahyul dan khurafat.

Mana-mana pihak juga adalah dilarang mengelirukan masyarakat dengan 
penggunaan kalimah arab sebagai cara untuk menunjukkan ia adalah 
bertepatan dengan syarak sedangkan hakikatnya pengamalan, bacaan 
dan prosedur yang digunakan adalah jelas bertentangan dengan syarak.
Sehubungan dengan itu, saya mengingatkan semua msyarakat khasnya 
umat Islam agar tidak terpengaruh dan/atau mengamalkan upcara 
perbomohan yang jelas bertentangan dengan Islam. Ia bukan sahaja 
satu usaha yang sia-sia malah boleh mengundang kemurkaan Allah swt.

Umat islam harus menyakini bahawa ALLAH SWT adalah sebaik-baik
tempat bergantung dan bertawakkal. Setelah segala usaha pencarian 
dengan upaya manusia melalui ilmu sains, kepakaran dan teknologi 
sedang giat dijalankan maka kita sebagai hamba Allah harus terus 
berdoa bermohon kepada Allah yang maha Kuasa. Saya yakin kita
akan berjaya temui petunjuk terhadap misteri kehilangan pesawat 
ini atas izinNya jua.

Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA
‘Saya Yang Menurut Perintah’
DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.