Pencarian antarabangsa pesawat MH370 membawa banyak negara secara
bersama-sama merungkai “misteri penerbangan luar biasa”, tetapi Washington
Post berkata ia juga mencerminkan kritikan tahap kelajuan penyiasatan, sama
ada maklumat dikongsi kerajaan dan Malaysia mendapatkan maklumat cukup
daripada pakar atau tidak.

Media melaporkan, China hari ini membidas cara Malaysia mengatasi krisis
tersebut. Vietnam juga sebelum ini menghentikan pencarian mereka selepas
mencurigai Malaysia menyembunyikan maklumat radar tertentu.

Kerajaan India pada Ahad berkata, mereka menghentikan usaha mencari
dan menyelamat sementara menunggu kerajaan Malaysia memutuskan
kawasan pencarian mereka.Ketika ini, jumlah negara yang turut serta dalam
misi mencari bertambah daripada 14 kepada 25 negara, menambah tahap 
kesulitandalam usaha mencari tersebut.

Antagonisme ini mencerminkan sebahagian ketegangan berpanjangan di wilayah
 ini. Beberapa negara yang terlibat dalam misi mencari sejak sekian lama ber-
telagah dalam perebutan kawasan di mana pesawat tersebut terputus hubungan
kali terakhir dengan menara kawalan udara, kata akhbar Amerika Syarikat itu.

Enam negara terlibat dalam pencarian sebelum ini bertelagah ke atas pulau, laut
dan laluan udara di Laut China Selatan, antaranya China, Vietnam, Malaysia,
Filipina, Taiwan dan Indonesia.Beberapa hari lalu, pertikaian hangat antara
China dan Filipina tercetus berhubung beting di Laut China Selatan.

Tetapi keutamaan pencarian dan penyiasatan mencerminkan ketegangan yang
sekian lama berlanjutan di kalangan negara Asia, kata akhbar itu.Di 
Washington, pegawai di sana berkata mereka kecewa kerana berpendapat 
FBI boleh memberibantuan besar. Sekumpulan ejen FBI bersiap sedia untuk 
berlepas ke KualaLumpur , tetapi bantuan tersebut tidak diminta kerajaan 
Malaysia, katapegawai di sana tetapi nama dirahsiakan atas alasan sensitiviti 
diplomatik.

Kebanyakan komen rasmi yang diperoleh semasa krisis adalah dari China.
Kementerian Luar mereka menggesa Malaysia “menambah usaha mencari dan
mempercepatkan penyiasatan.” Negara China juga tidak henti-henti meng-
hantar lebih banyak aset dan pegawai untuk membantu siasatan dan keadaan
itu menambahkan lagi tekanan, kata akhbar itu.

Pengarang rencana Ahad dalam akhbar rasmi China, Xinhua News Agency 
menuduh Malaysia “mengabaikan tugas” dan “tidak bertoleransi” dalam berkongsi maklumat penting.Desakan tersebut berlaku kerana 154 daripada 
239 penumpang berasal dari China dan Taiwan. Selain itu, kedua-dua 
negara tersebut juga mempunyai sejarah tidak baik.

Sejak beberapa tahun terakhir ini, China secara agresif memasuki 
Wilayah perairan Malaysia.Kemungkinan faktor ini menjelaskan 
punca Malaysia enggan mendedahkan operasi ketenteraan dan radar 
gagal menjejak pesawat tersebut yang kemudiannya berpatah balik 
dan terbang merentasi salah sebuah bandar terbesar negara.

“Saya percaya Malaysia defensif tentang perkara ini dan malu,” kata 
Ernest Bower, pakar Asia Tenggara di Pusat Strategik dan Kajian 
Antarabangsa. Katanya, dengan ramai rakyat Malaysia melihat China 
sebagai ancaman, kegagalan radar mengesan menghantar “isyarat 
kepada China dan negara jiran lain, mereka tidak mampu untuk meng-
gunakan kebolehan utama maritim dan penerbangan dengan sepenuhnya.

Pihak berkuasa Malaysia berkata, mereka sedang memperhalusinya.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkali-kali 
menekankan pendedahan data ketenteraan sebagai bukti kerajaan meng-
utamakan misi mencari melangkaui keutamaan keselamatan negara.                                                       

China juga dituduh mengambil langkah berhati-hati dalam mendedahkan
keupayaan sebenar semasa usaha mencari.Semasa China mengeluarkan 
Gambar satelit minggu lalu mengenai kemungkinan serpihan pesawat, 
kebanyakan penganalisis mencurigai kualiti gambar tersebut serta 
mempertikaikan mengapa China menyembunyikan gambar yang lebih 
berkualiti tinggi, kata akhbar tersebut.
Pada Ahad, kerajaan Malaysia merayu kepada banyak negara untuk 
Berkongsi maklumat satelit dan radar sekitar dua kawasan baru usaha 
mencari dan menyelamat yang diumumkan.Bagaimanapun, Hishammuddin 
tidak menjelaskan negara yang bersetuju dengan permintaan tersebut 
atas alasan isu keselamatan negara.Sumber 
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.