KUALA LUMPUR: Tiada bukti sahih dan kukuh yang mengatakan bahawa 
pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 
Sabtu lalu berkemungkinan ditembak jatuh oleh sebuah pengkalan tentera 
Amerika Syarikat diLautan Hindi.

Mantan juruterbang berpengalaman, Datuk (Kapt) Nik Ahmad Huzlan Nik 
Hussain berkata walaupun Lautan Hindi adalah satu kawasan laut yang paling 
bergelora dan sunyi, terdapat sebuah pulau terumbu karang yang bernama 
Diego Garcia.

“Saya pernah menguruskan satu penerbangan sewa ke Diego Garcia dan di 
pulau tersebut terdapat terdapat satu pengkalan tentera Amerika Syarikat yang 
berada di pulau tersebut. Maknanya di sini adalah, terdapat juga kelengkapan 
radar yang mampu mengesan kehadiran sebarang pesawat yang melalui 
kawasan tersebut,” kata Nik Ahmad Huzlan ketika dihubungi.
sumber: Astro Awani
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.