OPERASI MENCARI PESAWAT MH370

By: Unknown →
Operasi mencari dan menyelamat pesawat MAS MH370 digerakkan di laut 
dan udara untuk mengesan pesawat yang hilang sejak awal pagi Sabtu lalu 
dalam laluan KL-Beijing pada subuh 8 Mac 2014. 
Gambar kapal perang USS Kid yang digunakan dalam operasi mencari 
pesawat MAS MH370 hilang dalam operasi hari ke enam di lautan Hindi 
Satelit menerima gelombang elektronik daripada pesawat Malaysia Airlines 
MH370 selepas hilang pada Sabtu namun isyarat itu tidak memberi 
maklumat ke mana hala tuju pesawat, menurut dua sumber penyiasatan 
semalam.

Namun isyarat ‘ping’ menunjukkan sistem penyelenggaraan dihidupkan 
dan bersedia untuk berkomunikasi dengan satelit menunjukkan pesawat 
dengan 239 penumpang itu masih boleh berkomunikasi selepas gagal 
dihubungi menara kawalan.

Sistem menghantar ping sekali dalam masa sejam, menurut sumber yang 
mendengar isyarat sedemikian lima atau enam kali.Namun, ping sahaja 
tidak menjadi bukti pesawat itu berada di udara, menurut sumber.

Pencarian antarabangsa menjejaki pesawat MH370 itu yang meninggalkan 
Kuala Lumpur menuju ke Beijing sekurang-kurangnya melibatkan 12 negara.
Kapal dan pesawat kini digerakkan menuju ke Teluk Thailand, Laut Andaman 
dan perairan di sekitar Malaysia.

Amerika Syarikat menghantar kapal dan pesawat berkata kawasan pencarian 
akan diluaskan kepada Lautan Hindi selaras dengan teori pesawat itu menuju 
ke barat sejam selepas berlepas dari Malaysia.sumber
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.