Kenapa Satellit Amerika Gagal Kesan MH370?

By: Unknown →
 Jika diperkatakan tentang kemajuan, maka secara automatik, seluruh 
manusia di bumi ini akan merujuk kepada Amerika.Segala penciptaan 
baru, penemuan baru, peralatan canggih mahupun senjata pembunuh 
terhebat, semuanya pasti dikaitkan dengan Amerika.

Biarpun Jerman, Rusia atau Perancis serta Korea dan China turut 
terkenal dengan berbagai aset hebat, namun Amerika telah menjadi 
‘simbol’ kemajuan dan terpahat sebagai tamadun tertinggi di zaman ini.
Amerika menjadi kuasa terbesar dunia bukan kerana ia menguasai 
teknologi tetapi kerana ia turut menguasai media dan juga maklumat.

Sesuatu negara atau bangsa itu tidak menjadi kuasa terbesar dunia melalui 
beberapa siri ‘kebetulan’ atau tidak sengaja.   Penguasaan Amerika ke 
atas dunia merupakan satu perancangan yang teliti melangkaui abad dan 
Generasi.

Setiap generasi akur mewarisi cita-cita yang sama dan meneruskan usaha 
untuk mencapai matlamat tersebut.Mereka belajar dari setiap kesilapan 
dan setiap kali juga akan bangun dengan lebih kuat lagi sehinggalah pada 
hari ini di mana semua negara perlu tunduk kepada mereka atau meng-
hadapi akibatnya.

anya kerana akal sebahagian dari kita tidak mampu mencerna konspirasi 
Amerika untuk menguasai dunia, maka ia tidak bermakna ia mustahil.  
Amerika berjaya menakluk dunia kerana ia sentiasa percaya bahawa 
tiada apa yang mustahil.

Oleh itu, dengan segala kehebatan yang dimiliki oleh Amerika dan 
kepantasan negara itu bertindak dalam kehilangan MH370, kita hairan
kenapa pesawat itu masih belum ditemui. Bukan saja tidak ditemui 
tetapi satu petunjuk pun tidak ada.

Boeing 777 adalah pesawat buatan Amerika. Ia merupakan antara 
pesawat paling canggih dan paling selamat di dunia.Maka, jika ada 
yang mampu ‘menghilangkannya dengan begitu misteri’, ia pastilah 
pihak Amerika juga.  Namun, tentu sekali ini tidak dapat dibuktikan 
dan kekal menjadi spekulasi.

Apa yang bukan spekulasi di sini ialah keupayaan aset Amerika dalam 
mengesan pesawat tersebut.Kita sedia maklum akan kewujudan Satelit 
Reconnaisance Amerika yang mampu mengesan lokasi  mahupun 
letupan di udara.

Pusat kawalan satelit ini dikatakan mampu menjejak peluru berpandu, 
sekiranya ia dilancarkan ke udara dan ke arah pesawat.Satelit dengan 
teknologi infra-red tersebut pernah mengesan letupan ke atas TWA 
Flight 800 pada tahun 1996 di Lautan Atlantik sejurus selepas berlepas 
dari Lapangan Terbang JFK.

Selain itu, USS 7th Fleet Navy yang dilengkapi radar paling canggih 
juga digunakan untuk operasi mencari dan menyelamat MH370.
Tidak cukup dengan itu, tenaga kepakaran Amerika termasuk dari tentera, 
FBI, CIA juga dibawakan ke Malaysia untuk misi ini.Pendek kata, 
habis segala kecanggihan dan kepakaran di dunia telah digunakan dalam 
usaha mencari pesawat malang ini.

Habis segala teori meletup di udara, tenggelam di laut atau jatuh di 
daratan telah diterokai.  Namun, ia masih lagi tidak ditemui.
Satu-satunya satellit yang dapat ‘mengesan’ sesuatu yang disyaki sebagai 
pesawat yang hilang itu ialah satellite milik China.

Malangnya, objek yang dikesan di Laut China Selatan itu, bagaimanapun, 
disahkan sebagai bukan pesawat yang dicari.Yang menjadi persoalan ialah 
kenapa satellite Amerika tidak mengesan objek tersebut terlebih dahulu 
dari China?
Apakah aset dan kepakaran Amerika tidak sehebat yang disangka?
Atau apakah ini satu ujian ke atas Malaysia dalam usaha untuk memberi 
tekanan ke atas sesuatu isu lain? Apakah ia hanya ‘umpan’ untuk mengkaji 
kekuatan lawan mereka di rantau ini, iaitu China?

Amerika kemudian memberi komitmen untuk terus berada di sini tanpa 
tempoh tertentu yang ditetapkan bagi meneruskan pencarian.

Mungkinkah kegagalan menemui pesawat tersebut hanyalah alasan untuk 
berada di rantau ini selama mungkin sehingga apa jua ‘operasi sulit’ mereka 
selesai?

Dalam keadaan di mana kepakaran dan aset Amerika yang mampu mengesan 
apa saja berada di dalam negara ini, di seluruh pelusuk penjuru perairan dan 
juga udara, maka pasti mudah sahaja untuk mereka mengatur apa saja.
Media barat telah mula mempersoalkan Malaysia dari segi kredibiliti kepimpinan 
dan juga keselamatan.Aspek keganasan nampaknya terus sengaja digembar-
gemburkan.Rata-rata media barat cuba menggambarkan Malaysia sebagai 
lemah dan tidak berdaya.

Melihat dari modus operandi Amerika dalam menguasai negara lain 
seperti di Timur Tengah, kita bimbang sekiranya kehilangan MH370 
ini hanyalah permulaan kepada bencana yang lebih besar.

Teorinya ialah, buktikan dahulu kepada dunia bahawa sistem keselamatan 
Malaysia tersangat lemah dan kredibiliti pemimpin Malaysia tersangat 
buruk sebagai justifikasi awal keganasan yang bakal berlaku dalam negara 
ini sedikit masa lagi.

Jika teori ini benar, maka satu persoalan yang mungkin kejam namun perlu 
diambilkira oleh kepimpinan ialah:  Apakah berbaloi kita memberi sepenuh 
ruang dan kepercayaan kepada Amerika serta memperjudikan kedaulatan 
negara dan nasib seluruh rakyat jelata…untuk MH370?sumber
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.