PUTRAJAYA – Seorang ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) 
MH370 naik berang apabila dilarang memberikan sebarang kenyataan kepada 
pihak media.Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Kong berkata, tindakan 
pihak MAS yang menahan beliau daripada mengeluarkan sebarang kenyataan 
sebagai keterlaluan.
“Mereka bukan sahaja bertindak keterlaluan, malah asyik menyuruh kami 
sekeluarga menunggu dan terus menunggu daripada semalam tanpa sebarang 
berita.“Bukannya saya sengaja ingin mencari masalah dengan mereka tetapi 
sesiapa sahaja yang berada di tempat saya sekarang juga tentu tidak akan 
berpuas hati dengan situasi ini,” dakwanya.

Kong adalah bapa saudara salah seorang penumpang pesawat MH370, Chng Mei 
Ling, 33.Kong berkata, anak saudaranya itu bertolak ke Beijing pada hari 
kejadian, sebelum bercadang meneruskan perjalanan ke Amerika Syarikat.

Terdahulu, suasana di Hotel Everly agak tegang apabila usaha pemberita untuk 
menemubual Kong dihalang oleh petugas MAS. Berang dengan situasi tersebut, 
Kong bertindak menolak dan menengking petugas MAS tersebut. – KOSMO!
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.