KUALA LUMPUR: Ketua Koresponden Orient Aviation Tom Balentyne berkata 
aset milik pangkalan tentera Amerika Syarikat di Diego Garcia dapat membantu 
operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Lautan Hindi.

"Mereka mempunyai aset yang banyak kerana pangkalan tentera Amerika 
Syarikat di Diego Garcia digunakan kerana situasi di rantau Teluk terutama 
sekali Iraq. Mereka mempunyai kapal terbang dan kapal laut yang boleh 
bergerak dengan pantas. Ia juga menggunakan teknologi terkini dan canggih.

"Kita harus ingat bahawa peralatan ini digunakan untuk mencari kapal selam 
musuh. Ia boleh juga mencari logam yang besar di bawah laut. Ia boleh 
membantu mengesan logam pesawat," 

Namun, beliau akui bahawa walaupun mempunyai peralatan yang canggih,
lautan Hindi sangat luas dan operasi SAR akan menjadi agak sukar.

Ditanya jika pertolongan Amerika Syarikat ataupun misi SAR perlu merangkumi 
Lautan Hindi dari hari pertama, beliau berkata bahawa tiada siapa menyangka 
penerbangan itu berkemungkinan terbang ke Lautan Hindi.

"Tiada siapa menyangka ini akan berlaku. Tetapi kita juga tidak boleh tumpu 
kepada kawasan ini sahaja. Misi di Laut China Selatan perlu diteruskan. Kita 
tidak boleh tolak sebarang kemungkinan," kata beliau.Sumber
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.