NEW DELHI: Tentera Laut India memperluas pencarian pesawat Malaysia 
Airlines MH370 yang masih hilang hingga ke pantai Chennai di bandar raya 
selatan India.

Corak pencarian semasa MH370 oleh Tentera Laut India. Dua kawasan baharu 
ditambah pada Jumaat bersama-sama pantai Chennai, kata koresponden 
pertahanan The Indian Express, Manu Pubby, dalam tweet beliau.

Menurutnya belum ada maklumat kukuh mengapa pencarian MH370 diperluaskan 
hingga ke pantai Chennai.
Pegawai dan anggota Tentera Laut, Tentera Udara dan Pengawal Pantai India 
digembleng dalam usaha mencari pesawat itu yang meliputi kawasan dari Laut 
China Selatan hingga ke Laut Andaman.

Pantai Chennai terletak kira-kira 900km dari Laut Andaman, kata Manu yang 
turut memaparkan gambar bagi menunjukkan jarak kawasan itu dalam tweet beliau.

India menggunakan dua pesawat C-130 dan sebuah helikopter Mi-17 V5 Tentera 
Udara selain Dornier dan P8i iaitu pesawat peninjau maritim Tentera Laut.
                                                  Sumber
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.