GAME BOMOH CARI PESAWAT KECOH DI ANDROID?

By: Unknown →
Di sebalik kekecohan aktiviti perbomohan di Lapangan Terbang Antarabangsa 
Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini, timbul pula aplikasi game yang dinamakan 
Bomoh diterbitkan semalam.

Game yang hanya boleh diakses melalui platform Android itu memerlukan 
pemain mencari pesawat yang hilang dengan cabaran musuh bernama ‘Black 
Garuda’.Individu yang bermain berlakon seakan bomoh yang terbang dengan 
karpet sakti dengan hanya membawa ‘senjata’ seperti air suci, kelapa dan kayu.

Pemain perlu mencari pesawat yang tersembunyi di dua kawasan iaitu udara dan 
darat bagi mendapatkan markah untuk peringkat seterusnya. Pemenang akan 
dikira dengan jumlah pesawat yang dijumpai. -myMetro-

    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.