MH370 ‘Turun’ 5,000 Kaki Untuk Elak Dikesan!

By: Unknown →

Ketika misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 masuk hari ke-10
dengan hanya beberapa petunjuk mengenai di mana ia mungkin berada, 
akhbarNew Straits Times hari ini berkata Boeing 777-200ER turun 5,000 
kaki (1,500m) untuk mengelak dikesan radar komersial.

Dalam berita eksklusif, akhbar itu berkata, penyiasat yang menganalisis 
datapenerbangan MH370 mendedahkan pesawat seberat 200 tan itu turun 
1,500m atau lebih bawah lagi untuk mengelak liputan radar komersial 
(sekunder) selepasia berpatah balik dari laluan asal penerbangan menuju 
ke Beijing.

Pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200ER (9M-MRO) hilang pada 8 
Mac dengan membawa 239 penumpang. Pihak berkuasa pada Sabtu berkata, 
Pesawat  itu sengaja dilencongkan daripada laluan sebenarnya dan peralatan 
transmisi di atas pesawat dipadam untuk elak dikesan.

Komunikasi terakhirnya ialah pada 8.11 pagi di utara Selat Melaka.Penyiasat 
Yang mengkaji data penerbangan MH370 berkata pesawat itu terbang rendah 
dan menggunakan kawasan terlindung (terrain masking) ketika ia terbang 
merentasi Teluk Bengal dan menuju utara ke arah daratan, lapor NST.

Pegawai, yang membentuk pasukan teknikal, melihat kepada kemungkinan 
sesiapajuga yang mengendalikan pesawat pada masa itu mengambil kesempatan 
terhadap kesibukan laluan udara merentasi Teluk Bengal dan tersekat kepada 
laluan komersial untuk mengelak disyaki oleh radar utama (tentera), kata 
akhbar itu.

“Individu yang mengawal pesawat itu mempunyai pengetahuan kukuh 
mengenaiavionic dan navigasi dan meninggalkan jejak yang bersih. Ia melepasi 
Kelantan,ia adalah benar,” kata NST memetik kenyataan pegawai yang enggan 
dikenali.

“Terrain masking” merujuk kepada kebolehan meletakkan pesawat supaya 
alamsemula jadi bumi menyembunyikannya daripada gelombang radio yang 
Dihantar daripada sistem radar. Ia adalah teknik yang biasanya digunakan 
Dalam pertempuran di mana juruterbang tentera akan terbang sangat rendah 
dikawasan berbukit atau pergunungan untuk melindungi kedatangan mereka.

Pakar berkata, menerbangkan Beoing 777 dengan cara itu adalah berbahaya
kepada kerangka pesawat udara dan boleh menyebabkan mereka di dalam
pesawat pening dan mengalami disorientasi spatial.Pesawat MH370 diang-
Garkan terbang selama lapan jam dan pihak berkuasa percaya ia terbang 
merentasi dua negara lain selain Malaysia, tetapi tidak jelas negara yang 
mana.

Pada Sabtu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pencarian 
MH370 kini diluaskan ke kawasan antara Thailand hingga Kazakhstan dan 
Turkmenistan di utara dan Indonesia di selatan.

Pencarian di kawasan baru dilancarkan selepas data satelit mendapati 
pesawat ituberada di salah satu daripada dua koridor: di utara ialah kawasan 
menjangkau dariutara Thailand ke Kazakhstan, atau di selatan, dari Indonesia 
ke selatan Lautan Hindi.

NST memetik sumber sebagai berkata, siasatan kini fokus kepada lapangan 
terbangyang tidak digunakan lagi tetapi dilengkapi landasan panjang yang 
mampu mengendalikan pesawat besar seperti Boeing 777.

Putrajaya memberikan taklimat kepada wakil negara daripada hampir 24 
negaradan meminta bantuan antarabangsa dalam mencari pesawat itu.
“Kawasan Mencari diperluaskan,” kata pemangku Menteri Pengangkutan, 
Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, semalam.

“Daripada fokus utama kepada laut cetek, kita kini melihat kepada kawasan 
Daratan lebih luas, merentasi 11 negara, termasuk kawasan laut dalam dan 
terpencil,” katanya.Siasatan juga fokus kepada latar belakang dua juruterbang, 
anak kapal dan kakitangan lapangan yang bekerja di pesawat yang hilang itu.

Pada Sabtu, pegawai Cawangan Khas menggeledah rumah Kapten Zaharie 
AhmadShah, 53, dan Pegawai Pertama Fariq Abdul Hamid, 27.Hari ini, 
Reuters melaporkan kata-kata terakhir dari kokpit MH370 – “all right, 
good night” (baiklah, selamat malam) diucapkan oleh seseorang dalam 
pesawat yang sudah mula memadamkan satu daripada sistem pengesan 
automatik pesawat.

Katanya, kedua-dua tempoh masa dan frasa yang tidak formal, diucapkan 
kepadapengawal trafik udara ketika pesawat meninggalkan ruang udara 
Malaysia boleh menambahkan lagi syak wasangka MH370 dirampas atau 
sabotaj.

Hishammuddin semalam berkata, rakam keluar itu adalah selepas salah satu 
Sistem komunikasi data pesawat, yang boleh menyebabkan ia tidak dikesan 
liputan radar,dipadamkan secara sengaja.

“Jawapan kepada soalan anda ialah ya, ia ditutup sebelum,” katanya kepada 
Media ketika ditanya jika sistem ACARS – penyelenggaraan komputer yang 
Menghantar balik data status pesawat-dinyahaktifkan sebelum suara rakam 
keluar.

Pemeriksaan latar belakang pesawat tidak memberi maklumat berguna 
tetapi tidak semua negara yang mempunyai rakyatnya dalam pesawat itu sudah 
memberi maklum balas terhadap permintaan informasi rakyat mereka, kata 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.Mynewshub
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.