Lelaki Dihukum Korek Mata , Potong Telinga

By: Unknown →


Tehran- Seorang lelaki Iran dijatuhkan hukuman kedua-dua matanya dikorek 
manakala telinga kanan dan hidungnya dipotong selepas dia didapati bersalah 
mencurahkan asid ke muka seorang budak perempuan.

Hukuman itu dijatuhkan selepas lelaki berkenaan disahkan melakukan perbuatan 
berkenaan secara sengaja dalam satu kejadian, pada Oktober lalu.

Budak perempuan itu hilang penglihatan dan telinga kanannya tidak dapat 
mendengarselepas diserang dengan asid.

Meskipun hukuman itu mendapat tentangan banyak pihak terutama badan asasi 
kemanusiaan, namun Majlis Kebangsaan Iran memutuskan bahawa hukuman itu
merupakan sebahagian daripada sistem perundangan negara berkenaan.

Mahkamah negara berkenaan juga sebelum ini telah mengarahkan tangan dan 
kaki seorang lelaki dipotong.Tahun lepas, antara 500 hingga 625 orang termasuk 
28 wanita dan dua kanak-kanak telah dihukum di Iran.-mynewshub

    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.