TOMATO DAN KENTANG TUMBUH DALAM SATU POKOK

By: Unknown →


Dipetik dari BBC, sebuah syarikat Britan menghasilkan tanaman yang menghasilkan tomato dan 
kentang dalam satu pokok .Tentu ini menjadi perbincangan kerana tomato dan kentang adalah 
sayuran yang nyata berbeza jenis.

Tomato boleh tumbuh secara menggantung sedangkan kentang tumbuh macam ubi yang tertanam di 
bawah tanah seperti akar.Sebuah syarikat hortikultur " Thompson & Morga " mewujudkan sebuah 
idea baru yang boleh menjadikan tomato dan kentang tumbuh dalam satu pokok . 

Namun ini bukan menggunakan kaedah kejuruteraan genetik tetapi menggunakan kaedah cantuman . 
Proses ini memerlukan masa yang lama dan cukup sukar untuk mencipta tanaman ini . 

Syarikat ini juga mengatakan bahawa tanaman yang diberi nama Tom Tato ini mempunyai kelainan 
daripada tomato laindan memberi rasa tomato yang lebih manis dan segar.Bentuknya juga lebih unik 
daripada tomato-tomato yang dijual di pasar raya. 

Mereka juga mengatakan tomato dan kentang ini telah lulus dari uji kelayakan selamat untuk dimakan 
dan tidak mengandungi racun . Kelebihan dan keuntungan dari tanaman ini adalah tomato dan kentang 
akan berbuah dalam masa yang sama juga menjimatkan penggunaan tanah. 
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.