Gadis bertudung tekad teruskan hubungan terlarang

By: Unknown →

Gambar Hiasan
Kenalan saya berusia 28 tahun dan meminati golongan sejantina malah dia 
secara terang-terangan memuat naik status hubungannya dengan pengkid 
dalam akaun laman sosialnya tanpa rasa malu atau bimbang.

Saya terkilan kerana dia bertudung dan mempunyai kerjaya baik.Malah dari segi 
rupa,dia boleh dikatakan berpenampilan menarik serta pandai bergaya.

Meskipun saya rakan baiknya dan pernah cuba menegur cara hidup songsang itu, 
dia langsung tidak mengendahkannya.Malah, saya pernah diserang pengkid 
terbabit kerana dituduh menghasut rakan saya supaya meninggalkannya, 
sedangkan saya hanya berniat baik serta ingin membantu dia menjalani hidup 
diredai Tuhan. 

Saya juga tidak sanggup mendengar cercaan orang terhadapnya.Ini kerana saya 
kenal ibu bapanya secara peribadi. Mereka tinggal sekampung dengan orang tua 
saya.Keluarganya dipandang tinggi di kampung kerana bapanya imam masjid. 
Hakikat itu membuatkan saya simpati dan ingin membantu.

Namun, sejak kerap menegur serta meminta dia bertemu pakar perubatan Islam 
untuk mengubat‘nafsu sejenis’ itu, sejenis’ itu, rakan saya mula menjauhkan diri 
kerana dia bimbang saya akan guna-gunakan dia untuk melupakan kekasihnya
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.