KEPALA LELAKI TERTUSUK TIGA BATANG PAKU

By: Unknown →
            
Quirky China News-IMEJ menunjukkan tiga batang paku yang tertanam di kepala 
lelaki warga emas di Haifeng, China.

HAIFENG, China - Seorang lelaki warga emas di sini masih selamat selepas 
kepalanya ditembusi tiga batang paku sepanjang 10 sentimeter, lapor portal 
berita Metro.co.uk kelmarin.

Pemeriksaan mesin X-ray mendapati semua paku itu dimasukkan ke dalam otak 
dan kepala lelaki berkenaan menggunakan sebuah tukul tetapi dia sembuh 
sepenuhnya selepas menjalani pembedahan.
GAMBAR imbasan X-ray menunjukkan tiga batang paku sepanjang 10cm yang 
menembusi kepala mangsa.

Mangsa yang berusia 69 tahun itu dibenarkan pulang pada minggu Khamis 
lalu setelah dirawat selama hampir tiga bulan di sebuah hospital di sini.

Lelaki itu mengaku dia mengetuk kepalanya dengan sebuah tukul untuk 
memasukkan semua paku tersebut tetapi pihak hospital yakin dia menjadi 
mangsa jenayah.Mangsa turut menghalang pihak hospital daripada membuat 
laporan polis manakala belum ada tangkapan dibuat berhubung kes itu 
setakat ini. 
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.