Lencongan arah yang diambil pesawat Malaysia Airlines MH370, jauh dari 
laluan dijadualkan ke Beijing, diprogramkan menerusi sistem komputer 
pesawat, bukan kawalan manual, menguatkan lagi anggapan seseorang di 
dalam kokpit bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat itu 11 hari 
lalu, lapor New York Times.

Memetik pegawai kanan Amerika, akhbar itu berkata, individu terbabit 
yang mengubah laluan penerbangan “taip tujuh atau lapan ketukan kekunci 
di komputer yang berada di antara kapten dan pegawai pertama”.

Peralatan itu, yang juga dikenali sebagai Sistem Pengurusan Pesawat, 
mengarahkan pesawat dari satu titik ke titik lain seperti dinyatakan dalam 
pelan penerbangan yang dihantar sebelum penerbangan.

Bagaimanapun, tidak diketahui jika laluan pesawat itu diprogramkan semula 
sebelum atau selepas berlepas. Ini mengukuhkan lagi keyakinan penyiasat 
pesawat itu sengaja dilencongkan dan wujud perbuatan khianat dalam kes 
kehilangan MH370, kata akhbar itu.

Penyiasat, sebelum ini dilaporkan, memberi tumpuan kepada juruterbang 
dan pembantu juruterbang pesawat itu susulan penemuan berkenaan. Malaysian Insider
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.