Sejak hubungan Hanez Suraya dan jejaka bernama R didedahkan kepada umum baru baru ini,
pelbagai spekulasi dan khabar angin yang kedengaran namun kenyataan banyak datang dari
mereka yang rapat dengan pasangan ini.
Menerusi Berita Harian hari ini, isteri kepada R telah tampil ke hadapan untuk memberikan
kenyataan dari pihaknya berhubung status rumahtangga mereka sekaligus menjelaskan kesan
kehadiran Hanez Suraya dalam hubungan mereka.
“Saya nak tanya, bila masa saya sah diceraikan? Mana surat cerai? Kenapa Hanez begitu
berani membuat kenyataan sedangkan kami belum bercerai. Kenyataan Hanez bagaikan
mencabar saya, seolah-olah saya tunggul kayu — sedangkan saya masih isteri R yang sah”
“Saya tidak pernah terfikir untuk menganggu Hanez apatah lagimenyerangnya -bagaimanapun saya tidak mampu menahan sabar apabila dia memuat naik gambar bersama
anak anak saya dalam laman Instagram” - RotiKaya