Pentagon Rasa Transponder Sengaja Dimatikan?

Labels:
By: Unknown →
ABC News hari ini melaporan pihak Pentagon percaya tindakan menutup 
dua sistem komunikasi dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 
yang berlaku berasingan, memberi petunjuk ia dilakukan dengan sengaja.

Laporan agensi media itu juga memaklumkan dia pegawai Amerika Syarikat 
berkata, mereka percaya sistem laporan data ditutup pada pukul 1.07 pagi 
sementara alat transponder dipadamkan pada pukul 1.21 pagi Sabtu lepas.

Ia berlaku ketika pesawat yang diketahui membawa 239 orang penumpang
 itu hilang dari liputan radar.“Ini menunjukkan ia mungkin tindakan yang 
disengajakan,” kata konsultan penerbangan, John Nance seperti dilaporkan 
oleh ABC.

Transponder adalah alat pada radar atau satelit yang menerima isyarat dan 
memancarkannya semula pada frekuensi yang berbeza, ini merupakan 
peralatan satelit untuk menerima isyarat dari sesebuah stesen lain ke bumi.

Menurut laporan itu, pasukan AS yakin wujudnya campur tangan secara 
manual, dan ia nampaknya bukan kemalangan atau kerosakan, yang men-
yebabkan pesawat itu hilang dari langit.

Terdahulu, dilaporkan bahawa satelit mengesan denyut elektronik yang 
lemah dari pesawat yang dalam perjalanan ke Beijing itu selepas ia hilang 
pada Sabtu, tetapi isyarat itu tidak memberikan sebarang maklumat di mana 
arah pesawat tersasar itu.

Amerika Syarikat, yang turut menyertai operasi mencari pesawat hilang itu 
berkata, kawasan pencarian akan diluaskan ke Lautan Hindi, selaras dengan 
teori menyatakan kapal terbang itu mungkin beralih laluan ke barat selepas 
sejam berlepas dari Kuala Lumpur. – MYNEWSHUB.MY
    Share On:

Posted At:

ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.