Kuala Lumpur - Masyarakat terus digesa agar tidak menyebarkan
maklumat tidak sah berhubung insiden kehilangan pesawat Malaysia
Airlines MH370.
Ketika membuat gesaan itu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia
Ketika membuat gesaan itu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia
Datuk Jailani Johari berkata penyebaran maklumat yang diragui dan tidak
diiktiraf bukan sahaja boleh menimbulkan kebimbangan dan menjejaskan
siasatan malah boleh mengguris perasaan anggota keluarga dan kenalan
penumpang pesawat terbabit.
"Dalam kes-kes tertentu dikira melampaui batas dan menyebabkan satu
"Dalam kes-kes tertentu dikira melampaui batas dan menyebabkan satu
pihak merasa jelik, terancam, difitnah dan sebagainya dan seterusnya pihak
tersebut melakukan aduan kepada pihak berwajib seperti SKMM
(Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) maka tindakan
undang-undang berdasarkan akta-akta sedia ada boleh diambil.
"Sebaliknya sama-sama mendoakan kejayaan misi 'Search and Rescue'
"Sebaliknya sama-sama mendoakan kejayaan misi 'Search and Rescue'
yang dijalankan dan semoga MH370 ditemui dan selamat, Insya-Allah,"
katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Jailani juga mengingatkan semua pengguna Internet ter-
Dalam pada itu, Jailani juga mengingatkan semua pengguna Internet ter-
utamanya media sosial seperti Facebook dan Twitter supaya sentiasa ber-
waspada dan mengamalkan etika yang betul di saat negara menghadapi
cabaran hebat menangani kehilangan pesawat MH370.sumber