Hishammuddin jawab dakwaan lima ‘airport haram’

By: Unknown →
Hishamuddin Tun Hussein bersama (kiri) Dato’ Seri Zulkifli Mohd Zin 
pada sidang media berkaitan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang pada 
lima hari lalu. 

SEPANG – Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin 
Tun Hussein menyangkal dakwaan lima lapangan terbang haram yang 
terdapat dalam program simulasi milik juruterbang MH370, Kapten Zaharie 
Ahmad Shah ada hubungkait dengan kehilangan MH370.

“Tidak timbul isu sebegini dalam siasatan MH370, pihak polis sepatutnya 
sudah boleh mendedahkan perkara ini kepada umum bagi mengelakkan 
kecelaruan dan percanggahan pendapat oleh mana-mana pihak,” katanya 
pada sidang media di Hotel Sama-sama di sini, semalam.

Pada 16 Mac lalu, pihak polis telah menyerbu rumah Zaharie selepas Perdana 
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengesahan pesawat itu menukar 
haluannya dengan sengaja.

Pihak polis memeriksa program simulasi milik juruterbang itu untuk menyiasat 
dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang koordinasi penerbangan beliau.
Semalam, media tempatan melaporkan, hasil pemeriksaan polis mendapati, 
terdapat lima lapangan terbang terbiar berada dalam latihan simulator juru-
terbang terbabit.

Tambah Hishammuddin, “adalah perkara biasa bagi seorang juruterbang 
memiliki program simulasi di rumah, tak perlu buat sebarang andaian tidak 
berasas.“Ia hanya akan memburukkan keadaan,” katanya. Sinar 
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.