Dakwaan pesawat dilihat di Maldives, tidak benar

By: Unknown →
KUALA LUMPUR - Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri 
Hishammuddin Tun Hussein hari ini menafikan laporan yang mendakwa 
bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang itu dilihat terbang 
rendah di Maldives.

"Saya boleh mengesahkan bahawa panglima angkatan tentera Malaysia 
telah pun menghubungi rakan sejawatan beliau di Maldives, yang men-
gesahkan bahawa laporan (media) itu tidak benar," katanya dalam sidang 
akhbar di sini hari ini.

Sebuah portal berita Maldive, Haveeru, melaporkan bahawa penduduk 
pulau Maldives mendakwa melihat sebuah jet terbang rendah pada 8 Mac, 
pada hari pesawat Boeing 777-200ER hilang. Haveeru melaporkan penduduk 
di pedalaman Kuda Huvadhoo di Dhaal Atoll di kepulauan Maldives men-
dakwa melihat sebuah pesawat terbang rendah pada hari Penerbangan 
MH370 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang daripada 
skrin radar.

Hishammuddin juga menafikan spekulasi bahawa titik laluan ditambah kepada 
laluan penerbangan pesawat itu."Saya boleh mengesahkan bahawa pesawat itu 
terbang di laluan normal sehingga ke titik laluan IGARI. Tiada titik laluan di
dokumen di pelan penerbangan MH370 dan ini menggambarkan laluan normal 
sepanjang perjalanan pesawat itu keBeijing," katanya. - Bernama
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.