Penemuan sedikit maklumat terbaru ini dijangka tidak akan menyele-
saikan misteri kehilangan pesawat malah mungkin menimbulkan lebih
banyak persoalan. 

Berikutan bukti baru dari radar tentera Thailand, penyiasat kini percaya 
seseorang di dalam kokpit pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 
memprogramkan perubahan arah pesawat sekurang-kurangnya 12 minit 
sebelum pembantu juruterbang memutuskan hubungan dengan pengawal 
trafik udara dengan memberitahu mereka, “Baiklah, selamat malam” .

Penganalisis “AC360” di CNN memberi tafsiran berbeza berkenaan makna 
penemuan terbarunya – sesetengah pakar memberi amaran perubahan arah 
berkemungkinan sebahagian daripada rancangan penerbangan yang dipro-
gramkan terlebih dahulu jika berlaku kes kecemasan, dan petunjuk lain me-
nunjukkan sesuatu tindakan jahat sudah diatur.

“Kita tidak tahu secara khusus bila ia dimasukkan,” kata Mary Schiavo, 
pakar penganalisis penerbangan CNN dan bekas ketua Jabatan Pengang-
kutan Amerika Syarikat .

Wartawan New York Times, Michael Schmidt memberita CNN tempoh 
baru yang dirancang itu “menjadikan isu unsur jenayah kelihatan lebih 
ketara.”

“Ini kerana, ia menunjukkan pesawat sudah pun menuju ke arah yang 
berbeza apabila mereka mengucapkan selamat malam.”Bagaimanapun, 
sedikit maklumat terbaru ini dijangka tidak akan menyelesaikan misteri 
kehilangan pesawat malah mungkin menimbulkan lebih banyak persoalan.

Tentera Thailand menerima laluan penerbangan dan data komunikasi biasa 
daripada Boeing 777-200 bagi laluan 8 Mac dari Kuala Lumpur ke Beijing 
sehingga jam 01:22 pagi, apabila ia hilang daripada radar itu.

Enam minit kemudian, tentera Thailand mengesan isyarat yang tidak dikenali,
jurucakap Tentera Udara Diraja Thai memberitahu CNN. Pesawat tidak 
dikenali ini, mungkin MH370 yang menuju arah bertentangan.

Bukti baru menunjukkan pesawat itu bertukar arah ke arah barat Selat 
Melaka yang merupakan bukti menyokong bahawa penyiasat berada di 
landasan betul selepas berhari-hari mencari pesawat hilang itu.

CNN berkata bukti menunjukkan pesawat tersebut sengaja diterbangkan di 
luar laluan ditetapkan, ke barat dan berpatah balik ke Semenanjung Malaysia 
dan terus ke Lautan Hindi.

Data dari Thailand adalah bukti radar kedua bahawa pesawat itu sememang-
nya berpatah arah ke Selat Melaka.Ia sepadan dengan maklumat tentera udara 
Malaysia, radar tentera mengesan pesawat apabila ia melintasi Pulau Perak 
di Selat Melaka.

“Isyarat yang dihantar daripada pesawat tidak dikenali adalah tidak konsisten. 
Sekejap hilang, sekejap ada,” kata jurucakap Tentera Udara Diraja Thailand 
kepada CNN. Tentera Thailand hilang isyarat pesawat berkenaan kerana 
keupayaan had radar tentera, katanya.

Seorang pegawai penguatkuasa undang-undang memberitahu CNN bahawa 
pertukaran arah pesawat ke barat diyakini diprogramkan seseorang dalam 
Kokpit.

Ini menyokong teori awal oleh penyiasat Malaysia bahawa pesawat men-
yimpang daripada laluan asal secara sengaja oleh seseorang yang mempunyai 
ilmu berkenaan apa yang perlu dilakukan di dalam kokpit.

Tetapi para penyiasat masih tidak tahu siapa yang mengawal, atau mengapa 
indivdu yang mengemudi pesawat berpaling daripada destinasi asalnya.Pen-
yiasatan awal terhadap komputer peribadi dan e-mel juruterbang, tidak men-
jumpai apa-apa mencurigakan dan perbualan antara pesawat dan pengawal 
trafik udara juga seperti biasa.

Penemuan terbaru berkata, lokasi terakhir yang diketahui pesawat dikesan 
oleh satelit adalah di sepanjang dua koridor luas – utara seluruh Asia dan 
selatan Lautan Hindi. Sumber Malaysian Insider
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.