'Pesawat terbang rendah dari biasa'

By: Unknown →

KOTA BHARU - Seorang nelayan di sini mendakwa melihat sebuah pesawat 
terbang lebih rendah daripada biasa di Laut China Selatan, kira-kira lapan batu 
nautika dari Kuala Besar, Pantai Cahaya Bulan, awal pagi kelmarin.

Azid Ibrahim, 66, berkata, dia melihat pesawat itu kira-kira jam 1.30 pagi 
semasa membawa lima kaki pancing di kawasan tersebut.

Menurutnya, pesawat itu terbang rendah menghala keluar dari negara ini 
menuju ke tengah laut.

“Ketika itu hanya saya dan Pak Da (kawannya) sahaja yang melihat kapal 
terbang itu.Yang lain tidur. Biasalah kami nampak kapal terbang di kawasan 
ini kerana ia laluan utama, tapi kali ini ia lebih rendah daripada biasa.

"Saya tidak pasti berapa tinggi kapal terbang itu dari muka laut, cuma nampak
 lampu besar buah kelapa dan di bawah awan. Itu yang saya hairan,” 
katanya ketika dihubungi, semalam.

 Azid, yang sudah 10 tahun membawa kaki pancing ke laut berkata, dia hanya
 mengetahui mengenai kehilangan MH370 selepas mengikuti berita 
 di televisyen, semalam.

Berikutan itu, dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu petang semalam.

“Saya hanya ingin beritahu apa yang saya nampak malam itu. Mana tahu ia boleh
 bantu (pasukan mencari dan menyelamat).SINAR HARIAN


    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.