KUALA LUMPUR –  Urusan perjalanan dua individu yang menaiki pesawat MH370 
berlepas ke Beijing menggunakan identiti palsu dilakukan di pusat peranginan 
Pattaya dan dibayar secara tunai, menurut sebuah laporan.

Akhbar British, Financial Times memetik ejen pelancongan Thai yang menempah
tike tuntuk kedua-dua lelaki itu berkata dia diminta untuk menguruskan perjalanan
 oleh seorang kenalan warga Iran.

Benjaporn Krutnait, pemilik agensi pelancongan Grand Horizon di Pattaya dipetik
sebagai berkata, warga Iran yang juga kenalan perniagaannya yang hanya 
dikenali sebagai ‘Mr Ali’ memintanya untuk menempah tiket pada harga murah 
ke Eropah untuk dua lelaki itu pada 1 Mac.

Benjaporn pada mulanya menempah tiket untuk salah seorang lelaki itu 
menggunakan penerbangan Qatar Airways dan seorang lagi dengan 
penerbangan Etihad.Namun, tiket tersebut tamat tempoh apabila Benjaporn
tidak mendapat sebarang maklum balas daripada Ali.

Ketika lelaki tersebut menghubunginya semula pada Selasa, Benjaporn 
menempahsemula tiket menggunakan pesawat Malaysia Airlines menghala ke 
Beijing kerana ia tiket yang murah ketika itu.

Seorang rakan Ali membayar wang tunai kepada Benjaporn sebagai bayaran tiket
tersebut.Akhbar tersebut turut melaporkan tiada bukti sama ada Ali mengetahui 
dua lelaki tersebut menggunakan pasport curi.

Benjaporn berkata dia tidak percaya Ali ada kaitan dengan keganasan kerana dia
tidak menyatakan penerbangan khusus Kuala Lumpur-Beijing tetapi meminta
penerbangan murah ke Eropah, lapor akhbar itu.

Benjaporn dipetik sebagai berkata beliau mendedahkan perkara itu kerana 
prihatin mengenai spekulasi serangan pengganas dan mahu ia diketahui umum. 
                                                     sumber
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.