SYARIKAT Malaysia Airlines hari ini mengeluarkan kenyataan menjelaskan
berkenaan lima penumpang yang dikatakan telah mendaftar masuk
tetapi tidak menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Menurut MAS, terdapat empat orang penumpang yang sudah membuat
tempahan tetapi tidak muncul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA) pada 8 Mac untuk menaiki pesawat berkenaan.
“Oleh itu, isu pengeluaran bagasi lima orang penumpang tidak wujud,
kerana empat orang penumpang berkenaan tidak pun melakukan daftar
masuk untuk penerbangan berkenaan,” kata kenyataan itu.
Kenyataan itu dikeluarkan di laman web rasmi MAS sebentar tadi.Sebelum
ini Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin
Abdul Rahman memaklumkan pihak MAS sudah mengeluarkan bagasi lima
orang penumpang dari pesawat kerana mereka didakwa tidak menaiki
penerbangan itu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kemudiannya menafikan
perkara itu dalam sidang media pukul 3 petang tadi.Beliau berkata semua
individu yang membuat tempahan untuk penerbangan itu menaiki pesawat
MH370 menurut apa yang diperolehi dalam siasatan pihak Polis Diraja
Malaysia (PDRM) – MYNEWSHUB.MY