Jika semalam, Buletin Utama TV3 menjemput Bekas Ketua Juruterbang B777
Fleet MAS, Kapten Norudin Abd Majid untuk membicarakan secara lebih
lanjut mengenai misteri kehilangan pesawat MH370, hari ini sekali lagi
beliau dijemput menjadi panel dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI)
yang dikendalikan oleh Ahmad Fedtri Yahya dan Saiful Nizam Ismail.
Menerusi video berdurasi 38 minit dapat dilihat Kapten Norudin berkongsi
cerita dan pengalamannya sepanjang mengenali Kapten Zaharie Ahmad
Shah yang merupakan juruterbang bertanggungjawab menggemudi pesawat
MH370 di samping pembantunya, Fariq Abdul Hamid.
Menurutnya, sepanjang mengenali Zaharie, beliau merupakan seorang
yang sangat berdedikasi dalam tugasnya.Selain itu, Zaharie juga disifatkan
Kapten Norudin sebagai seorang yang sangat berpengalaman dalam bidang
penerbangan serta mempunyai pengetahuan yang luar biasa dalam bidang
yang diminatinya itu.
Dalam pada itu, Kapten Norudin turut berkongsi pendapatnya berhubung
misteri kehilangan MH370 yang sehingga kini masih lagi tidak berjaya di-
temui oleh pihak mencari dan menyelamat yang telah dikerahkan sejak hari
pertama pesawat itu hilang Sabtu lalu.
Kapten Norudin juga mengatakan segala apa yang berlaku adalah di atas
kehendak Allah SWT, walau secanggih mana pun sesuatu teknologi itu,
tidak ada kuasa lain yang mampu mengatasi kuasa Allah Maha Besar.