PENUMPANG GUNA PASPORT PALSU WARGA IRAN

By: Unknown →
Polis mengesahkan seorang daripada penumpang yang menaiki pesawat 
MH370 dengan menggunakan pasport palsu adalah warga Iran yang ber-
cadang untuk berhijrah ke Jerman, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid 
Abu Bakar.

Beliau mendedahkan identiti lelaki itu sebagai Pouria Nour Mohammad 
Mehrdad, 19 tahun.

“Kita telah semak latar belakangnya. Kita juga telah semak profilnya dengan 
pihak polis di negara lain dan kita percaya dia tidak mungkin anggota mana-
mana kumpulan pengganas,” kata Khalid.

Pouria Nour menggunakan pasport Austria milik Christian Kozel yang disahkan 
dicuri di Phuket, Thailand.Pengumuman Khalid ini selari dengan penemuan 
siasatan polis di Thailand yang mendapati dua penumpang MH370 dengan 
pasport curi itu mungkin pelarian yang mencari suaka.

Ia berdasarkan kepada tempahan tiket harga paling murah dan laluan transit 
di Beijing dan Amsterdam sebelum menuju destinasi akhir. Seorang penumpang 
menempah destinasi akhir ke Copenhagen, Denmark manakala seorang lagi 
ke Frankfurt, Jerman.

Mereka dibantu oleh dua warga Iran yang menguruskan tempahan tiket 
daripada sebuah agensi pelancongan yang sudah dilanggani oleh orang 
tengah itu sejak tiga tahun lalu.

“Berdasarkan kepada tempahan tiket saja, sekiranya keganasan, mereka 
tentunya mengkhususkan laluan dan pesawat yang hendak dinaiki,” kata 
Ketua Polis Pattaya, Supachai Puikaewcome seperti dipetik oleh Reuters 
pada Selasa. -Mynewshub

                                     Papar Gambar Wajah Sama Di Pasport
Kedua-dua individu yang didapati menggunakan pasport palsu milik warga 
Austria dan Itali didapati memberikan dokumen perjalanan yang memiliki 
gambar yang serupa dengan pembawanya.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Aloyah Mamat berkata 
kesemua prosedur operasi standard pemeriksaan pasport telah pun diikuti 
dalam pemeriksaan pasport kedua-dua individu berkenaan.

Beliau berkata selepas berpuas hati dengan gambar dan pemeriksaan yang 
betul serta mematuhi peraturan barulah dua individu berkenaan dibenarkan 
menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

“Individu pertama tiba di Malaysia pada 28 Februari dan diberikan visa 
lawatan sosial yang membolehkan dia tinggal di negara ini selama 90 hari 
dan kemudiannya meninggalkan negara ini pada 8 Mac lepas dengan 
menaiki pesawat MH370.

“Individu berkenaan memberikan pasport dan pas masuk (boarding pass) 
untuk menaiki pesawat berkenaan, selepas diperiksa visa lawatan sosial masih 
lagi belum tamat tempoh dia diberikan kebenaran meneruskan perjalanan,” 
kata Aloyah dalam sidang media bersama dengan Ketua Polis Negara Tan 
Sri Khalid Abu Bakar.

Selain itu, Aloyah berkata suspek berkenaan telah direkodkan butiran bio-
metriknya ketika tiba di Malaysia dan ketika mereka berlepas rekod bio-
metrik dan pasport yang diberi selari dan mengikut keperluan imigresen. 
                                         -Mynewshub
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.