Dengan nasib MH307 diselebungi misteri dan belum ada sebarang serpihan pun 
ditemui selepas puluhan jam ia dilaporkan hilang, kerajaan China hari ini me-
ningkatkan kemampuan mencari dan menyelamat dengan mengubah kedudukan 
10 satelit mengeliling orbit milik mereka.

Perkara itu didedahkan laman web milik pasukan tentera China, People’s 
Liberation Army (chinamil.com.cn).Chinamil memetik Pusat Kawalan Dan 
Pengawasan Satelit Xi’an yang melancarkan respon kecemasan bagi proses 
mencari berkenaan bermula lewat hari ini (Isnin).

Bagi tujuan pengesanan itu, laman web berkenaan memberitahu, pusat 
kawalan telah mengubah sepenuhnya arahan (commands) asal satelit 
berkenaan yang sebelum ini digunakan bagi tujuan pengawasan, komunikasi 
dan aspek lain kepada arahan khas yakni mengesan lokasi MH370.

Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 
penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar, kira-kira 
sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 
pukul 12.41 tengah malam Jumaat dan sepatutnya dijadual tiba di 
Beijing pukul 6.30 pagi Sabtu.Daripada jumlah itu, 150 penumpang 
merupakan warga negara China-MYNEWSHUB
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.