SEPANG – Siasatan pihak berkuasa berhubung dua pasport curi yang digunakan 
untuk menaiki pesawat MH370 kini bertumpu kepada aspek penglibatan 
sindiket pemalsuan pasport, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan 
Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Jelas beliau, siasatan setakat ini telah meneliti rakaman visual yang melibatkan 
dua penumpang yang menggunakan pasport curi itu bermula daripada 
pendaftaran masuk sehingga mendapat kebenaran untuk pelepasan.

“Saya boleh sahkan semua protokol keselamatan telah dipatuhi, ” katanya 
dalam sidang media pada pukul 8 malam tadi.Azharuddin juga mengesahkan, 
selepas meneliti rakaman dan foto, dua penumpang berkenaan bukan lelaki 
Asia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dipetik oleh 
Bernama pada Ahad mendedahkan dua lelaki itu sebagai “orang Asia”.

“Saya masih hairan tak kan (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali 
dan Austria tapi muka macam orang Asia,” katanya.Ditanya kenyataan 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar awal hari ini bahawa polis 
sudah mengenal pasti identiti seorang daripada lelaki itu, Azharuddin 
berkata beliau tidak dapat mengesahkannya kerana siasatan pihaknya 
hanya bertumpu kepada aspek protokol keselamatan.

Khalid sebelum itu mengesahkan seorang daripada lelaki itu bukan warga 
Malaysia namun tidak dapat mendedahkan negara asalnya.Beliau juga 
mengesahkan lelaki itu bukan juga berasal dari Xinjiang, China.“Sehingga kini, 
kita tiada bukti untuk mengaitkan bahawa kumpulan militan negara 
China bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat ini,” katanya.

Azharuddin kemudian mengingatkan bagaimana rupa paras seseorang tidak 
boleh merumuskan identiti kewarganegaraannya sambil merujuk kepada pemain 
bolasepak Itali, Mario Balotelli.“Saudara tahu bagaimana rupanya, 
kewarganegaraannya? (Dua penumpang itu) tidak kelihatan seperti orang
Asia. Saya tidak mahu memperpanjangkan soal ini (kaitan rupa paras dengan 
kewarganegaraan),” katanya.

Azharuddin juga menjelaskan siasatan pihaknya tidak hanya bertumpu kepada 
dua penumpang yang masih belum dikenali identiti sebenarnya itu sebaliknya 
menyentuh “semua sudut, semua kemungkinan”.“Kami sudah melihat aspek 
keselamatan dan mereka telah melalui semua protokol (keselamatan). 
Mereka telah diperiksa, bagasi mereka juga diperiksa. Semua itu mematuhi 
(aspek) keselamatan penerbangan,” tambahnya.

Nama dua warga Eropah — Chritian Kozel dari Austria dan Luigi Maraldi
dari Itali — disenaraikan sebagai antara penumpang pesawat MH370 
dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing yang kemudiannya 
hilang dari radar sejak 1.30 pagi Sabtu lalu.Tuan tubuh yang sebenar 
bagaimanapun tidak menaiki pesawat itu dan memaklumkan pasport 
mereka dicuri di Thailand dalam tempoh dua tahun lalu.

Interpol mengesahkan dua pasport curi yang dikesan digunakan oleh dua
penumpang pesawat MH370 itu ada dalam senarai angkalan maklumat 
Dokumen Perjalanan Dicuri atau Hilang miliknya. – Astroawani.com
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.