SEPANG-Kehilangan pesawat MH370 sejak Sabtu lepas turut mendapat perhatian
“Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP” Ibrahim Mat Zin.Beliau berada di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, mendakwa dijemput
oleh seorang pegawai tertinggi negara bagi menggunakan kaedah ilmu
tradisional dan solat hajat.
“Kami menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada
buluh untuk meminta, berdoa supaya melepaskan mangsa-mangsa yang terlibat
buluh untuk meminta, berdoa supaya melepaskan mangsa-mangsa yang terlibat
agar dapat dijumpai secepat mungkin,” katanya kepada pemberita di sini.
Beliau yang melakukan solat sunat hajat di kawasan pintu ketibaan KLIA turut
mendapat perhatian orang ramai yang tidak berputus asa mendoakan pesawat
mendapat perhatian orang ramai yang tidak berputus asa mendoakan pesawat
yang hilang ditemui selamat.
“Walaubagaimanapun, saya akan kembali ke KLIA dalam masa dua hari selepas
melakukan doa dengan membawa sesuatu ke sini,” katanya.Pada masa sama,
melakukan doa dengan membawa sesuatu ke sini,” katanya.Pada masa sama,
Ibrahim juga meminta orang ramai meneruskan upacara keagamaan
masing masing mendoakan supaya kesemua penumpang dan anak kapal
selamat kembali ke tanah air.
Raja Bomoh berpengalaman selama 50 tahun itu menjadi popular apabila
memberi perkhidmatannya dalam beberapa kes bencana negara termasuk
kejadianHighland Tower runtuh, kes pencarian mayat semasa banjir di
Kuala Dipang, KamparPerak dan kes pembunuhan seorang ahli politik
oleh Mona Fendy.
– BERNAMAsumber