Dalam entri terbarunya, Che Wan bergambar bersama sekeping objek 
yang dikatakannya sebahagian daripada pintu pesawat MH370 yang hilang 
sejak 8 Mac lalu.Dalam nada berjenaka yang tidak kena tempat, Chef Wan 
menyatakan objek tersebut merupakan sebahagian daripada pintu tandas 
di sebuah rumah di pantai Morib.

Perth merupakan lokasi di mana dua objek yang dikatakan petunjuk terbaik 
dalam menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370.Entri tersebut telah 
pun dipadamkan olehnya setelah menerima 701 likes dan dikecam oleh 
pengikut akaun Instagramnya itu.

Tanpa memikirkan sensitiviti 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu, 
tindakan Chef Wan dianggap keterlaluan lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan 
oleh personaliti yang dipandang tinggi dalam bidang masakan tempatan dan 
dunia.

Che Wan merupakan Duta Ikon Pelancongan dan Duta Masakan Malaysia.
Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 kini masuk hari ke-14 
dan misi diteruskan di selatan Lautan Hindi di barat daya Perth. Awani


Pasti lepas ni,bila kes dah tersebar,orang dah start mengutuk chef wan dan 
selepas tu pasti ada saja alasan dan mesej yang dia nak sampaikan hingga 
boleh mematikan ayat. MH370 bukan jenaka!!!

    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.