Bomba Pecahkan Simen Untuk Keluarkan Mayat

By: Unknown →
Port Dickson - Penahanan enam suspek berhubung kes samun dan bunuh 
di Cheras baru-baru ini membawa kepada penemuan mayat seorang ahli 
 perniagaan yang dibunuh dan mayatnya disimen dalam tong, petang tadi.

Difahamkan, penemuan itu berikutan hasil soal siasat yang dijalankan sebelum
dua daripada enam suspek terbabit mengaku membunuh ahli perniagaan itu. 

Sumber polis berkata, dua suspek terbabit kemudian dibawa polis ke Bukit 
Pelandok, Lukut, iaitu lokasi mayat itu ditanam, kira-kira 6 petang. 

"Pemeriksaan forensik menemui tong berisi simen yang dicampak di tepi jalan 
ke Bukit Pelandok itu."Difahamkan, mangsa dilaporkan hilang di Batu 9, Cheras
tiga bulan lalu," katanya.Mangsa dipercayai ditembak sebelum mayatnya 
dimasukkan ke dalam tong dan disimen kemudian ditanam di lokasi kejadian.
                                     




Laporan asal mymetro

    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.