Pengamal perubatan Islam, Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar memohon 
kepada pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) agar memanjangkan 
usaha ke daratan pula.Tuan Asmawi yang ditemui Mynewshub berkata, 
cadangannya bagaimanapun tidak bermaksud dia mahu mengambil 
kedudukan sebagai peramal atau penilik nasib.

Sebaliknya ia berdasarkan penelitian yang dibuat selepas melaksanakan 
solat istikharah, solat hajat, solat taubat dan sebagainya sebagai ikhtiar 
bagi membantu merungkai misteri di sebalik kehilangan pesawat MH370 
sejak Sabtu lepas.

4 Jam Masa Penerbangan – Bermakna MH370 Telah Bergerak 2,200 Batu 
Nautika.“Ada kenyataan dikeluarkan sebelum ini menyatakan pesawat 
berpatah balik. Saya menyeru pihak SAR lebih tumpukan usaha pencarian 
ke daratan pula di sekitar Laut China Selatan melibatkan Terengganu, 
Kelantan, Pahang termasuk Vietnam juga tetapi bukan lagi di laut,” ujarnya.

Menurut Tuan Asmawi, harapannya itu tidak bermaksud dia memperoleh 
alamat melalui mimpi.Bagaimanapun kata pengasas program terbitan Astro, 
Imam Muda dan Ustazah Pilihan ini; Allah SWT kadangkala memberikan 
ilham untuk lebih memudahkan jalan.MYNEWSHUB
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.