Teori Kapten Zaharie rampas pesawat MH370 hanya masih diperingkat
teori dan siasatan sahaja.Ramai yang kongsi kesedihan dengan keputusan
mahkamah tetapi tidak ada yang bertindak hingga curi kapal terbang,
kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
MH370 hilang: Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sangka pihak berkenaan
serius dalam membuat tuduhan beliau menjadi punca juruterbang MH370,
Kapten Zaharie Ahmad Shah dikatakan merampas pesawat yang hilang sejak
8 Mac itu.
Sinar Harian melaporkan, ketua umum PKR itu menafikan kehilangan pesawat
itu berkaitan dengan kesan kesedihan Zaharie susulan keputusan Mahkamah
Rayuan yang mensabitkan Anwar bersalah atas tuduhan meliwat dan dipenjara
lima tahun, sehari sebelum MH370 berlepas ke Beijing.
“Pesawat hilang sebab juruterbang kecewa saya dipenjara, ingatkan main-
main rupanya mereka serius tuduh saya.“Agensi-agensi media asing seluruh
dunia mempersoalkan juruterbang sangat sedih dan bertindak melarikan
pesawat sebab Anwar kena hukum penjara lima tahun,” katanya ketika
menyampaikan ceramah di Sungai Chua, Kajang, semalam.
Sehubungan itu, katanya, beliau minta supaya tidak dikaitkan dengan
insiden yang meruntun hati keluarga penumpang dan pemerhati daripada
seluruh dunia.Anwar berkata, situasi tersebut (beliau disabitkan bersalah)
dikongsi kesedihan jutaan rakyat Malaysia, bukan juruterbang MH370 sahaja,
lapor Sinar Harian.
“Tapi bukan luah rasa sedih dengan bertindak mencuri kapal terbang. Pemandu
teksi pun sedih juga tapi tidak pula pergi langgar orang.“PRK ini antara Azizah
dan Mei Fun, bukan soal peribadi dan kita bukan serang polisi,” katanya.
Awal pagi semalam, akhbar tabloid Britain, Daily Mail melaporkan kemungkinan
wujudnya teori pesawat itu dirampas sebagai tanda protes terhadap keputusan
Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Anwar bersalah atas tuduhan meliwat
bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.
Akhbar itu mendedahkan, beberapa jam sebelum berlepas dengan pesawat
Boeing 777-200ER (9M-MRO) ke Beijing, Kapten Zaharieturut hadir ke
mahkamah pada 7 Mac untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar.
Zaharie menerbangkan pesawat MH370 bersama pembantu juruterbang,
Fariq Abdul Hamid.Penyiasat memberitahu Daily Mail, mereka kini sedang
mencari bukti mengaitkan teori pandangan politik Zaharie adalah sebahagian
daripada faktor kontroversi kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang
dan anak kapal pada 8 Mac.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, semalam berkata
walaupunZaharie merupakan ahli seumur hidup parti itu, perkara ini mustahil
berlaku kerana ia melibatkan nyawa ramai manusia yang tidak bersalah dan
ini merupakan satu teori konspirasi politik yang tidak masuk akal.
“Semua dikaitkan dengan Anwar sangat unik dalam politik Malaysia. Namun
mengenali Umno dan Barisan Nasional, kalau mereka kehabisan modal,
sesuatu yang bersifat khayalan boleh menjadi nyata,” kata Saifuddin
kepada The Malaysian Insider.