Juruterbang penerbangan MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantunya
Fariq Abdul Hamid kini antara yang disiasat kerana kehilangan pesawat milik
MAS.
Sistem Pengendalian Komuniksi dan Laporan Pesawat (ACARS sebelum
menghantar mesej terakhir kepada menara kawalan telah dimatikan oleh orang
berpengalaman.
Juruterbang itu berkata: “Baiklah, selamat malam” apabila Kawalan Trafik Udara
Malaysia menyerahkan kawalan ke atas pesawat itu kepada Vietnam.
Kemungkinan pesawat dirampas juruterbang menyebabkan kesemua pihak yang
terlibat dalam penyelenggaraan terhadap pesawat itu sebelum berlepas kini
di siasat.
Satu rakaman video pemeriksaan terakhir terhadap Kapten Zaharie dan Fariq
turut didedahkan, lapor mStar Online.