Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat jurutera pesawat yang juga
merupakan penumpang dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang
hilang selain memfokuskan kepada juruterbang dansesiapa yang
mempunyai kemahiran teknikal penerbangan, kata pegawai kanan polis.
merupakan penumpang dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang
hilang selain memfokuskan kepada juruterbang dansesiapa yang
mempunyai kemahiran teknikal penerbangan, kata pegawai kanan polis.
Jurutera pesawat Mohd Khairul Amri Selamat, 29, rakyat Malaysia yang dikata-
kan berkhidmat dengan syarikat jet peribadi seperti tersebar di laman sosial.
“Ya kami memantau Khairul, penumpang dan anak kapal lain. Fokus tertumpu
kepada mereka yang mempunyai kepakaran penerbangan di dalam pesawat itu,”
kata pegawai penyiasat itu kepada Reuters.
Pegawai penyiasat memulakan dengan memeriksa latar belakang juruterbang
dan anak kapal yang berkhidmat dalam pesawat hilang Boeing 777-200ER
(9M-MRO) bagi mendapat petunjuk.Tiada petunjuk pesawat itu ditemukan
setelah lebih seminggu ia dilaporkan hilang yang dipercayai menghala ke
kawasan lain oleh pihak yang mempunyai pengetahuan penerbangan. TMI
Sumber The Malaysian Insider