Wanita pemimpin politik ditangkap khalwat di Perlis

By: Unknown →

Gambar Hiasan

KANGAR: Seorang wanita berusia 30-an yang dipercayai pemimpin sayap sebuah
parti politik di negeri ini ditangkap khalwat bersama pasangannya, lelaki berusia
50 tahun dalam serbuan oleh bahagian penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama 
Islam Perlis (JAIPs) di sebuah hotel, di sini, jam 1.30 pagi tadi.

Penguatkuasa membuat serbuan berdasarkan maklumat awam dan intipan 
bermula kira-kira jam 7 malam.Ketika diserbu di bilik penginapan suspek lelaki 
dilihat memakai tuala dan baju T manakala suspek wanita berkenaan yang 
berada di atas katil memakai baju lengan panjang dan berkain batik.

Kedua-duanya mengaku tiada ikatan perkahwinan dan dibawa ke Balai Polis 
Kangar untuk laporan polis. Berita Harian

    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.